Bercakap dan menulis perkara yang benar itu wajib, Media dan TV, ahli politik, buku-buku, majalah dan media yang lain, perlu berani bercakap benar. Mereka jangan melulis berita bersifat sensasi, provokasi atau gossip. Mereka perlu bertanggungjawap kepada pembangunan minda manusia. Anda semua bertanggungjawap dan akan berjawap di hadapan Allah nanti. Bercakaplah benar walaupun pahit.
Written by admin on Jun 6th, 2008 | Filed under: Ekonomi
Kenaikan harga minyak di pasaran dunia begitu tinggi sekali. Seluruh dunia meratap sedih dengan bala yang menimpa umat manusia ini. Kenaikan harga minyak adakah ia satu kebetulan yang terpaksa atau suatu pakatan kuasa besar dunia atau ia akibat kekalutan di rantau minyak tersebut.
Kawasan Asia Barat ialah kawasan yang diberi nikmat Allah rezeki yang banyak, tetapi penduduknya huru hara dan hasil bumi emas ini di kuasai orang asing yang ada kepentingan. Punca kenaikan
Terdapat banyak sebab mengapa peniaga minyak merasakan kenapa bekalan minyak mesti dikurangkan.
Satu daripada sebab utama ialah meningkatnya pergolakan di TImur Tengah, kawasan paling banyak mengeluarkan minyak. Peperangan di Iraq, program nuklear, dan ketidakstabilan dalaman di Arab Saudi semuanya akan membawa kepada penurunan bekalan minyak serta merta.
Di luar kawasan Timur Tengah seperti Mexico dan Venezuala mereka berhadapan dengan isu-isu mereka sendiri dan telah menyebabkan kebimbangan terhadap pelabur, seperti tunjuk perasaan dan masalah Middle East other oil producers with their own issues have caused worry for investors, such as the strikes politik di Venezuela dan di Afrika Barat.
Punca utama ialah peperangan, samada di rancang atau kebetulan. Satu faktor yang perlu kita ingat ialah Yahudi sebuah negara kecil bercita-cita besar untuk menguasai Asia Barat dan dunia. Mereka menggunakan proksi Amerika Syarikat untuk membuat huru hara dan pakatan mengucar kacir rantau emas dengan perbagai fitnah dan telah menyebabkan rantau orang Islam tidak aman. Orang Islam kalau pun faham bahawa ini adalah perancangan yahudi, merasakan mereka sudah terlambat, sementara peperangan saudara serta penaklukan sudah berlaku.
Apa alternatif kita
Kita jangan emosi dan kita perlu bergerak bersama-sama menanggani masalah ini. Minyak bukan segalanya menentukan hidup dan mati, kita perlu cari pilihan yang lain dalam menjana sumber baru tenaga dunia.
lihat http://mindafauzi.blogspot.com mengenai alternatif tenaga baru dan sumber idea baru. Dalam ekonomi untuk menjadi maju dan dihormati kita jangan bergantung pada negara luar. Jana sendiri sumber baru, makanan dan tenaga sendiri untuk ekonomi negara kita.
Written by admin on Jun 6th, 2008 | Filed under: Agama
Peraduan yang dianjurkan Celcom sebuah syarikat perkhidmatan telekomuikasi di Malaysia, merupakan peraduan yang mengandungi unsur judi. Ia menjadi judi kerana peserta yang di pilih menjawap soalan akan dikenakan caj untuk menjawap soalan. Kalau beli no ekor atau 4D atau Toto kita kena bayar dan apabila betul no atau jawapan, baru kita di bayar habuan.
Kes Celcom ini juga sama dengan judi apabila di kenakan caj ketika menjawap soalan. Bukan perkhidmatan percuma. Tujuan syarikat ini berbuat peraduan ini kerana ingin menarik seramai mungkin pelanggan menyertai dan mereka akan mendapat keuntungan hasil berjuta-juta pelanggan membuat sms dan telefon menggunakan perkhidmatan mereka.
Bukan setakat syarikat ini sahaja, malah syarikat lain juga menyediakan perkhidmatan yang sama, contoh sms di TV, teka teki dan peraduan yang menggunakan khidmat sms. Mereka menggunakan khidmat sms untuk mendapat keuntungan hasil penyertaan orang ramai.
Written by admin on May 1st, 2008 | Filed under: Agama
Surat terbuka mufti kepada TV3 harus diambil perhatian berat oleh TV3. Beliau memandang berat muzik yang tidak di kawal. Jadi pihak TV3 perlulah mengatur program Jom Heboh dengan sopan dan terkawal. Elakkan dari program kurafat dan nyayian yang melampau.
Written by admin on Apr 21st, 2008 | Filed under: Agama
Bahagian Pertama
Bahagian 2
PENDAPAT SAYA
Keberanian mufti menegur pemimpin amatlah saya alu alukan. Biar pahit ditelan tapi manis untuk ummah Islam
Sebagai pemimpin anda semua perlu bertanggungjawap kepada Allah dan rakyat yang dipimpin. Anda perlu ikhlas dalam memimpin. Bercakap benar di hadapan rakyat dan membantu setakat yang mampu adalah sifat pemimpin yang diingini rakyat. Anda perlu hindari rasuah, politik wang, agihan adil ekonomi negara, membantu rakyat susah, memberi pendidikan kepada rakyat.
Pemimpin yang ingin kita lihat ialah pemimpin soleh dan berbudi bahasa. Bekerja dengan ikhlas dan kerana Allah.
Written by admin on Apr 18th, 2008 | Filed under: Agama
Apabila surah al quran di plot graf melawan bilangan ayat al quran, akan terbentuk perkataan Allah (bahasa arab). Keagungan Allah dan Kebenaran Allah letak di mana-mana penjuru alam ini
Berikut merupakan kenyataan mufti perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang telah difakskan ke TV3;
27hb. Mac 2008
Penerbit Buletin Utama TV3,
Sri Pentas
No.3 Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Assalamualaikum wbt
Tuan,
KEPERLUAN BERITA YANG SAHIH LAGI BERSIH DARI SEBARANG PROVOKASI
Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara. Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atausesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yangtidak adil terhadap mereka. Firman Allah dalam Surah al-Maidah:8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagimenerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadapsesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebihhampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya AllahMaha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan pemikiran pada mutakhir ini, saya mengharapkan agar sumber-sumber berita sama ada TV, atau internet, akhbar dan seumpamanya bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita. Sampaikanlah berita yang benar sekalipun mengenai pihak yang berbeza aliran dengan kita. Jauhi unsur-unsurprasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya. Biarlah rakyat yang matang membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih. Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.
Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapatkepercayaan umum.
Written by admin on Apr 17th, 2008 | Filed under: Agama
Kebenaran Islam adalah berdasarkan bukti yang nyata. Alam dan bumi ini dicipta Allah dan Alquran dan Hadis adalah rujukan utama agama Islam. Kewujudan alam yang maha luas mesti ada penciptanya. Siapa pencipta alam ini?. Ia tak boleh wujud tanpa pencipta. Allah maha berkuasa dan ia maha pencipta.
Written by admin on Apr 14th, 2008 | Filed under: Agama
Kesabaran itu mengajar kita erti dewasa. Sabar juga mengajar kita erti hidup, sabar juga mengajar kita erti kematangan.
Ini merupakan topik pertama saya dalam mencari kebenaran, kita perlu bersabar. Tujuan saya ialah mengumpul sebanyak mungkin artikel dan perdapat mengenai Umat Islam dan meneliti isu dan masalah semasa dalam mencari kebenaran.